Anda Pelawat yang ke:

My Lovely Friends

30 May 2012

Resepi : Kek Gula Hangus

Assalamualaikum....Selamat Pagi...

Sambil tunggu nasi lemak sampai atas meja saya ni, saya nak kongsi la resepi yang saya cuba malam tadi... Saya sebenarnya dah lama nak masak kek tapi takut tak jadi.... hahahaha... Sebelum ni pernah try tapi saya buat yang susah terus.. Agaknya tu yang tak menjadi tu kot.... Tapi pakai yg tinggal bancuh pun tak jadi apa kes.... Kes tu dah masuk tong sampah... huhuhuhu

Ok la saya nak kongsi satu resepi... Saya ambil resepi ni dari blog kak hana.. Banyak resepi dalam ni.. Saya dalam proses nak belajar buat kuih.....Meh tengok gambarnya :

gambar ni ambil dalam kereta dah... bekal gi opis....


RESEPI KEK GULA HANGUS
by: widad.myresipi

Bahan-bahan
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 sk soda bikarbonat- hana ltk 1sk je
  • 4 biji telur
  • 2 sb mentega
Cara-cara
  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.(hana pukul sampai bbuih je)
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam. - hana bakar suhu 160je.
Kak Hana ada bagi petua sikit untuk kek ni....
  • Telur takyah pukul kembang sangat.. godeh2 ngan whisk ajer sampai berbuih sudah memadai.
  • Jika tepung ada yg bergentel2, tapiskan adunan kemudian terus masuk loyang.
  • Hana takde api atas bawah cam u olls... alhamdulillah jd juga sarangnya.
  • Jika dipikirkan logik utk membina sarang tuh, perap adunan dalam loyang yg hendak di bakar. *tips dari wanie.
  • Setengah resepi tak perlu perap lama menjadi juga sarangnya. leh tgk SINI.
  • sekian, wallahua`lam... sekadar berkongsi.. maybe lain org lain ragam dan hasilnyer..

4 comments:

Kittymuiza said...

Salam, minta kebenaran nak cuba resipi ye...

Nadiah said...

boleh2..sila la ambil...hehehe..selamat mencuba.....

sueshe said...

boleh try neh..nak print la..

sueshe said...
This comment has been removed by the author.